Qualcomm hari ini telah pun memperkenalkan sejumlah cip pemprosesan baru memfokuskan peranti berspesifikasi pertengahan dengan sokongan rangkaian 4G dan juga sambungan WiFi 6.
Sebanyak tiga cip pemprosesan diperkenalkan oleh Qualcomm, iaitu Snapdragon 720G, Snapdragon 662, dan juga Snapdragon 460.
Paling berkuasa antara ketiga-tiganya adalah Snapdragon 720G. Dengan penggunaan huruf “G” pada penghujungnya, ia sedia memfokuskan permua dan multimedia, serta menawarkan sokongan Snapdragon Elite Gaming.
Snapdragon 720G menggunakan cip dwi-teras Kyro 465 (berasaskan Cortex A76) dan 6 teras Kyro 465 (berasaskan Cortex A55). Ia menggunakan binaan berasaskan 8nm, menyokong memori sehingga 8GB RAM, dan dilengkapi GPU Adreno 618.
Snapdragon 662 pula menggunakan gabungan empat teras Kyro 260 (berasaskan Cortex A73) dan empat teras Kyro 260 (berasaskan Cortex A53). Cip ini menggunnakan binaan berasaskan 11nm, menyokong memori sehingga 8GB RAM, dan dilengkapi GPU Adreno 610.
Akhir sekali, cip Snapdragon 460 pula hadir dengan cip lapan teras Kyro 240 yang menggunakan binaan berasaskan 11nm. Ia menyokong memori sehingga 8GB RAM, dan dilengkapi GPU Adreno 610.
Peranti yang menggunakan cip pemprosesan ini dijangka hadir pada suku pertama 2020 ini. Dengan acara MWC 2020 yang menjelang tiba pada minggu hadapan, mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan dengannya tidak lama lagi.