Kerajaan Amerika Syarikat sebelum ini telah melakukan halangan perdagangan terhadap beberapa syarikat dari China – termasuk Huawei, memetik beberapa masalah sekuriti. Walaupun perkara berkenaan dicabar oleh Huawei, namun, pihak Amerika Syarikat tidak beralih daripada halangan perdagangan berkenaan.
Terbaru, menurut Reuters, Presiden Amerika Syarikat dilaporkan melanjutkan halangan untuk syarikat Amerika Syarikat bekerjasama dengan syarikat peralatan telekomunikasi seperti Huawei dan ZTE sehingga Mei 2021 kelak.
Ini sekaligus membuatkan syarikat dari China seperti Huawei tidak boleh menjual produk mereka di Amerika Syarikat, atau bekerjasama dengan syarikat Amerika Syarikat. Sebelum ini, hal ini turut memberikan kesan terhadap Huawei untuk bekerjasama dengan Google untuk penawaran perkhidmatan Google Play pada peranti keluaran mereka, mahupun mendapatkan cip pemprosesan dengan rekaan ARM.
Halangan ini telah dilakukan sejak daripada tahun lepas, dan kini ia dilihat dilanjutkan selama setahun lagi. Sebelum ini, kerajaan Amerika Syarikat telah melanjutkan dengan menawarkan akses lesen terhad untuk beberapa perkara berkaitan Huawei, yang mana akan tamat pada 15 Mei 2020 ini.
Halngan ini juga dilihat membuatkan Huawei untuk melihat kepada beberapa alternatif lain, termasuk menawarkan kedai aplikasi alternatif mereka tersendiri, seperti AppGallery.








Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy Note 10+ yang dilengkapi skrin 6.8″ Dynamic AMOLED QHD+ HDR10+, dijana cip Exynos 9825, memori sebesar 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4300 mAh. Bagi yang memerlukan storan tambahan, ia masih mengekalkan sokongan kad mikro SD sehingga 1TB.
S Pen dipertingkatkan dengan sokongan accelerometer yang membolehkan ia mengesan gesture yang dipanggil Air Actions. Penggunaan kamera utama ke swafoto, mengubah mod kamera dan melakukan zum kesemua boleh dilakukan dengan menggerakkan S Pen di udara seperti tongkat ahli sihir.




